Sebelum terlupa lagi, baik 'staple' kat sini cepat². Tiap² kali nak buat asyik dok mencari resepi jer. Lepas buat dah lupa dan resepi pun ntah ke mana². Resepi ni belas ikhsan Kak Atur, ramai kawan² kata Kak Atur ni pandai memasak. So lets try this recipe.
1. Trifle Kak Atur
sponge cake/choc cake/fruit cake/cheese cake
1 tin fruit cocktail
1 gelas susu cair
1 sudu esen vanilla
2 gelas air
3 sudu makan tepung custard
2 – 3 sudu makan gula
1 kotak serbuk jeli berperisa strawberry
Caranya
1. Potong cake dengan saiz yang kecil, dan susun dalam loyang.
2. Tapiskan buah-buahan daripada airnya. Jiruskan air buah ke atas cake untuk jadikan a bit moist.
3. Lepas itu taburkan pula half tin cocktail atas cake.
Cara membuat custard :
1. Campurkan tepung custard, gula, susu cair, air, esen vanilla.
2. Masak custard hingga berkilat dan bertukar kaler.
3. Curahkan adunan custard ke dalam loyang cake dan taburkan pula lebihan buah cocktail ke atas custard dan biarkan ia beku sikit.
Cara membuat Jeli :
Tuangkan 2 cawan air mendidih ke dalam serbuk jeli dan kacau supaya tidak berketul. Akhir sekali tuangkan jeli ke atas custard dan sejukkan.
2. Puding Roti Kak Atur
4 keping roti
butter / jem
300 ml fresh milk
1 biji telur
4 sudu teh gula
sikit esen vanila
Sapu roti dengan butter dan jem. Potong kecil² dan susun dalam loyang.
Pukul telur, gula kemudian kacau dgn susu fresh milk hingga pecah gula sahaja. Masukkan esen vanilla sikit (nak buang bau telur).
Bakar adunan ini hingga kelihatan brownish². Boleh juga kalau nak tambah kismis (ikut own creativiti)
Tips : Guna roti High-5 kata ura, enak dan lazat. Nyam. Nyam.
Guna Jelly Crystall Lady's Choice.
Trifle & Puding Roti
- Nov 30, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




2 comments:
apa rasanyer, sedap ker?
akutakreti
ninie : aku dah try smlm yg puding roti tu. smlm aku tak buat trifle, buat puding roti dan puding buah jer. nwy ninie, kau try ler, tak susah, senang giler n nabil sure lurve it.
akutakreti : pasti sedap. smlm almost semua yg merasa puding roti sy ni smlm, semuanya puas hati! siap ada nak 'tapaw' bwk balik rumah lagi. ;-) so try ler ek.
Post a Comment