Recipe : Choc Cake Ura

Akhirnya dapat juga resepi ni. Ikhsan Ura. Tahun ni aku dah decide tak nak buat sebijik biskut raya pun. Antara sebab²nya :
  1. Masa yg terlalu cemburu dengan aku.
  2. Aku yg terlalu cemburu dgn Icah dan Ita yg seronok berdengkur setiap kali aku membakar kuih raya malam². Oleh kerana itu, maka thn ni aku dah nekad aku nak buat kuih di merata² tempat je. Bior puas hati.
Tapi bila pikir² balik, zalim pulak aku. Kepuasan raya tu tak dapat dikecapi sepenuhnya kalau aku tak contribute sikit dlm bab bakar membakar kuih raya ni. So i decided to bake a choc cake aja. Kira orait la tu. Plan nak buat 4 biji kek. Untuk my hommey 2 biji, for my beloved atok n also my darling sisters in d palace of G10.

Bahan-bahan
4 cawan tepung gandum
4 cawan gula castor
4 biji telur ayam
2 cawan susu cair (1 tin)
2 cawan mentega yg telah dicairkan (250gm)
2 cawan air panas mendidih
2 camca teh soda bikarbonat
2 camca teh baking powder
2 cawan serbuk koko (125gm)

Cara-cara membuatnya
1. Telur + gula, pukul hingga kembang.
2. Tepung, serbuk koko, baking powder, dan soda bikarbonat diayak jd satu.
3. Masukkan susu & mentega ke dlm adunan telur + gula td.
Pukul sebati.
4. Masukkan campuran tepung sikit-sikit sampai abis.
5. Masukkan air panas mendidih. Gaul sebati.
6. Bakar pd suhu 120*C selama 45 minit @ hingga masak.

3 comments:



Anonymous said...

Erk lupa habaq, itu serbuk coklat guna jenis Van Hauten atau Vochelle. Sbb dua tu mmg mewah dgn rase cekelat. Jenis lain x berapa nak jamin. ~ Ura

Anonymous said...

haaa dah jumpa. selamat hari raya. :)
-cik kieli.

AHM said...

ura : doakan kita on d delicious cake.
cik kieli : hahaha..hide n seek cik kieli, u win ;-)