Berbuka di Chismosa

Wah rasanya dh lama tak update blog terchinta ni. Starting last monday, rasanya kepala ni pening sangat dgn source code² VeeBee tu. Dah siap dah 2 milestone sekarang stuck pulak dgn 3D programming. Ya Allah permudahkanlah kerja aku ni. Letih kepala dan badan, tapi kena jugak siapkan atleast half of this system pun jadiklah so that tak terasa diri ni me'wasting'kan masa dalam bulan puasa ni.

Pagi tadi, jam 0400 dengar si shahid dok menumbuk² lesung batu kat dapur. Uish dalam hati pelik sungguh budak ni pagi² buta memasak, mesti gara² rayuan Afida yg teringin dgn nasi goreng ikan masinnya. Akhirnya berjaya jugak dia menyiapkan hidangan jam 0445.

--------------------

Last sunday : Berbuka puasa dgn cik asem di Chismosa. Bila dok baca comment cik kieli, rasa teruja pulak nak berbuka di Chismosa. So smpai around jam 1830 dan terus mengadap receptionnya dgn harapan ada tempat kosong. Yerlar biasanya kena booking tpt² buffet ni, tapi cik kieli meyakinkan yg tanpa booking pun ok, tapi kena gi cepat katanya. Mujur ada last meja. Duduklah kami di bwh lindungan payung, nasib tak hujan. Kalau tidak, kitorg nak jugk duduk kat meja kayu jati dia yg display untuk dijual tu. Hahaha. *Gile Kuasa* Makanannya Ya Tuhan! Banyak giler, dari masakan kampung hinggalah ke western. Bersetuju sangat dengan pendapat cik kieli tentang teh tariknya!! sedap puas hati! Rasanya semua jenis makanan lengkap dihidang, cuma that day tak der spaghetti la cik kieli. Tukor menu kot. Sumhow yg lain² still taste great. Abis berbuka, solat di masjid sebelah dan terus meround ke CSquare. Cuci mata dari EIC, ke Vincci dan PADINI. Mau rabun biji mata. Umat manusia yg terlalu ramai rasa nak termuntah² pulak tekak ni kerana crowded sgt. Almost terjebak dgn pembelian jeans di PDI, mana taknya 50% off. Boot cut. Tapi bila dah diterai, rasa cam tak selesa pulak. Kensel! Sudahnya round² aja dan terus bmalam di rumah cik asem.

Senang next time aku nak cari Chismosa ni, selalu lupa jalan.

    9A-B, Jalan Kolam Air JB
    Ph : 07-226 3548

--------------------

Semalam : Meneman ura bjumpa buah hatinya. *wink kat ura, jgn marah* Dah selesai urusan pass mengepass, kami buat tour di SSF. maklum ler ada org tu nak bermajlis, jadi kena lah jadi advisor tak bertauliah. Selesai urusan tilik menilik dan suai menyuai terus buat pembayaran. Ingat nak cari token kecil² untuk Afida. Akhirnya jumpa jugak one nice n simple frame for her dgn harga yg agak berpatutan. Alhamdulillah.


0 comments: